Friday 21 September 2012

Jom Nyanyi



Senaraikan 10 kata kerja daripada gambar berikut :




1.________________________      6.    _________________________
2.________________________      7.    _________________________
3.________________________      8.    _________________________
4.________________________      9.    _________________________
5.________________________      10.  _________________________

Pilih lima daripada kata kerja yang disenaraikan dan bina ayat:-

1. __________________________________________________

2. __________________________________________________

3. __________________________________________________

4. __________________________________________________

5. __________________________________________________

Bina lima ayat dengan menggunakan perkataan yang diberikan

1. memelihara  -
                                 _______________________________________________

2.  sangkar     -
                        ______________________________________

3.  geli hati    _
                        ______________________________________

4. harimau     _
                        ______________________________________

5. menjaga    - 
                        ______________________________________

Jawab soalan pemahaman berikut


1. Di mana letaknya Zoo Negara? 

    A.  Hulu Langat 
    B.  Hulu Kelang 
    C.  Hulu Perak 


2. Bilakah lawatan ke Zoo Negara diadakan? 

   A.  Hari Sabtu bulan lalu. 
   B.  Hari Sabtu yang lalu.  
   C.  Hari Sabtu minggu hadapan. 

3. Berapa lamakah masa yang diambil oleh mereka untuk sampai ke sana? 

    A.  25 minit 
    B.  35 minit 
    C.  45 minit 

4. Apakah faedah yang diperolehi daripada lawatan ke Zoo Negara? 

   A.  Dapat membuang sampah di sekitar Zoo Negara 
   B.  Dapat keletihan badan 
   C.  Dapat menambah ilmu dan pengetahuan tentang kehidupan haiwan 

5. Berikut merupakan haiwan yang terdapat di Zoo Negara ? 

    I Gajah 
    II Harimau
    III Merak 
    IV  Zirafah 

   A.  II, III dan IV
   B.  I ,II dan  III 
   C.  I , II , III dan IV  


Baca Petikan Berikut


Lawatan ke Zoo Negara

Zoo Negara terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Zoo Negara ini besar. Di sana, terdapat banyak binatang dari dalam dan luar Negara.
Pada hari Sabtu yang lalu, guru-guru membawa kami melawat ke Zoo Negara. Kami menaiki bas sekolah ke zoo itu. Tujuan lawatan kami ialah untuk melihat bagaimana cara hidup dan pembiakan binatang-binatang yang terdapat di zoo.
Kami berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kemudian kami bertolak ke Zoo Negara.  Setelah 45 minit, rombongan kami pun sampai ke destinasi
Di dalam zoo itu terdapat banyak binatang. Antaranya ialah burung merak, zirafah, gajah, monyet, orang utan, singa dan sebagainya. Mula-mula, kami pergi melihat gajah. Gajah mempunyai gading yang panjang dan tajam.
Kami juga melihat orang utan. Kebetulan, kami dapat melihat seorang pekerja memberi  pisang kepada orang utan itu.   Binatang yang  kami   sukai ialah monyet. Kami berasa geli hati melihat
gerak-geri  monyet yang kelakar itu.

Kami pulang ke sekolah pada pukul 3:00 petang. Lawatan yang dianjurkan  ini  membolehkan kami mengenali banyak haiwan. Kami dapat melihat cara haiwan dirawat. Kami berasa gembira kerana dapat  melawat ke Zoo Negara.


SET INDUKSI

Jom Nyanyi


Sebutkan nama haiwan yang kamu dengar bunyinya dalam lagu yang dinyanyikan

Thursday 30 August 2012

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata pelajaran          :           Bahasa Melayu
Tarikh                         :           20 Julai 2012
Masa                          :           8.00 pagi – 9.00 pagi ( 60 minit )
Tahun                          :           4 Al-Bukhari
Bilangan Murid          :           24 orang
Tema                          :           Alam Sekitar
Hasil Pembelajaran  :
Fokus Utama           :
5.2       Membaca kuat teks dengan sebutan dan intonasi yang betul, lancar dan   
             memahami perkara yang dibaca .         
            Aras   1 ( i )
            Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan :
8.1       Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk. .  
            Aras   1 ( i )
            Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Objektif                       :          
           Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran murid dapat :
i.              Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii.            Membina 5 ayat lengkap dengan menggunakan kata kerja yang terdapat dalam gambar.



Kemahiran Bahasa  :  Membaca dan menulis
Sistem bahasa         : 
i.              Tatabahasa – kata ganda, kata kerja,
ii.            Sebutan dan intonasi
iii.            
Pengisian kurikulum  :
i.              Ilmu  ~ Sains, Kajian Tempatan, Pendidikan Muzik
ii.            Nilai ~ Kesyukuran, kasih sayang, baik hati dan kerjasama
iii.           Kemahiran Bernilai Tambah :
     ~  Belajar Cara Belajar
     ~  Kemahiran Berfikir
     ~  Pembelajaran Kontekstual – Lawatan ke Zoo Negara
     ~  Kecerdasan pelbagai - verbal linguistik, kinestetik, muzik dan interpersonal

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid pernah melihat haiwan da mengetaui mengenai haiwan sama ada melalui majalah, televisyen, melayari internet atau melihat sendiri di zoo.

Bahan Bantu Mengajar :
~ Lagu Satu Hari di Taman Haiwan’’,  lembaran kerja, gambar tunggal,
   Petikan teks “Lawatan ke Zoo Negara”


LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P & P

CATATAN

Set Induksi
(5    minit)

1.  Memperdengarkan Lagu  “Satu Hari di Taman Haiwan’’

1.  Murid diperdengarkan Lagu “Satu Hari di Taman Haiwan’’
2.  Guru meminta murid menyebut nama haiwan yang di paparkan pada slaid.
3.  Guru memperdengarkan beberapa bunyi binatang.
4.  Murid meniru kembali bunyi yang diperdengarkan dan menyebut nama binatan.
5.  Guru mengaitkan aktviti tersebut dengan isi   pelajaran.

BBM:  Lagu  “Satu Hari di Taman Haiwan’’

Nilai : kasih sayang

KBT :
Interpersonal

KP: Muzik

Ilmu : Pendidikan muzik


Langkah 1
(15 minit)

1.Membaca petikan “Lawatan
    ke Zoo Negara”
2.  Menjawab soalan pemahaman

1.    Wakil murid diminta membaca petikan yang  terdapat pada slaid  dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.    Murid lain dikehendaki mendengar dengan teliti.
3.    Murid di paparkan slaid soalan pemahaman
4.    Murid ke hadapan untuk klik pada slaid powerpoint bagi memilih jawapan yang bertepatan dengan soalan.

5.    Guru dan murid berbincang jawapan yang betul.
6.    Guru membetulkan kesilapan

BBM:  Petikan “Lawatan ke Zoo Negara”


Nilai : Bekerjasama,kesyukuran

KBT :
Interpersonal

KP: Muzik




Ilmu :
Pendidikan muzik.Kajian Tempatan.


Langkah 2
(20 minit)

1.  Penerangan tentang ayat tunggal / ayat majmuk beserta contoh.

2.  Membina ayat tunggal/majmuk


1.  Murid diberi penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk
2.  Murid dipaparkan beberapa contoh ayat tunggal  dan ayat majmuk pada slaid dan murid membacanya.
3.  Murid dipaparkan slaid kata kerja  yang terdapat dalam petikan.
4.  Murid menyebut perkataan tersebut dengan jelas
5.  Murid berbincang dan membina  ayat majmuk dan ayat tunggal daripada perkataan-perkataan yang dipaparkan pada slaid.
6.  Murid membacakan ayat yang telah dibina
7.  Guru membetulkan kesilapan murid.

BBM:  slaid contohayat tunggal dan ayat majmuk

Nilai : kerjasama

KBT :
Interpersonal

KP: Verbal linguistik, interpersonal

Ilmu : Pendidikan muzik


Langkah 3
(15 minit)

1.  Penerangan dan contoh mengenai kata kerja

2.  Menyebut dan menyenaraikan 10 kata kerja dalam gambar tunggal.

3.  Membina 5 ayat lengkap daripada gambar tunggal


1.  Murid diberi penerangan mengenai kata kerja.

2.  Murid dipaparkan slaid beberapa contoh kata kerja dan ayat bagi kata kerja.
3.  Murid diminta untuk menyebut dan menyenaraikan 10 kata kerja berdasarkan gambar yang ditayangkan melalui slaid “power point
4.  Murid diminta memilih 5 daripada kata kerja yang disenaraikan dan membina ayat lengkap dengan menggunakan kata kerja tersebut .
5.  Guru membetulkan kesilapan murid.




BBM:
Gambar Tunggal

KP:
Interpersonal, verbal linguistik


Ilmu : Kajian Tempatan

KP :
Interpersonal
Nilai : Bekerjasama

Penutup
(5 minit)

1.  Penerapan nilai murni

2.  Nyanyian lagu “Nasyid Haiwan” beramai-ramai sambil bertepuk tangan dan goyangkan badan.

1.  Murid diterapkan nilai-nilai murni  yang terdapat dalam petikan
2.  Murid menyanyikan lagu “Nasyid Haiwan ‘’ sambil goyangkan badan dan bertepuk  tangan.


BBM:  Lagu  “Nasyid Haiwan’’

Nilai : kasih sayang

KBT :
Interpersonal, kinestetik

KP: Muzik

Ilmu : Pendidikan muzik