Lawatan ke Zoo Negara
Zoo Negara terletak
di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Zoo Negara ini besar. Di sana, terdapat banyak
binatang dari dalam dan luar Negara.
Pada hari Sabtu yang
lalu, guru-guru membawa kami melawat ke Zoo Negara. Kami menaiki bas sekolah ke
zoo itu. Tujuan lawatan kami ialah untuk melihat bagaimana cara hidup dan
pembiakan binatang-binatang yang terdapat di zoo.
Kami berkumpul di
sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kemudian kami bertolak ke Zoo Negara. Setelah 45 minit, rombongan kami pun sampai ke
destinasi
Di dalam zoo itu
terdapat banyak binatang. Antaranya ialah burung merak, zirafah, gajah, monyet,
orang utan, singa dan sebagainya. Mula-mula, kami pergi melihat gajah. Gajah
mempunyai gading yang panjang dan tajam.
Kami juga melihat
orang utan. Kebetulan, kami dapat melihat seorang pekerja memberi pisang kepada orang utan itu. Binatang yang kami
sukai ialah monyet. Kami berasa geli hati melihat
gerak-geri monyet yang kelakar itu.
Kami pulang ke
sekolah pada pukul 3:00 petang. Lawatan yang dianjurkan ini membolehkan
kami mengenali banyak haiwan. Kami dapat melihat cara haiwan dirawat. Kami berasa
gembira kerana dapat melawat ke Zoo
Negara.
No comments:
Post a Comment